Pada 24 September 2025 (Rabu), Pusat Koreksional Jasin telah mengadakan Program Outreach Gotong Royong di Balai Polis, Chin Chin melibatkan (6) orang kakitangan diketuai oleh SM Hisyamuddin bin Ab. Kadir, Ustaz Abdul Lathif bin Ismail dan seramai (20) Orang Diselia (ODS). Program Outreach ini dapat memberi pendedahan kepada ODS untuk menyumbang khidmat bakti kepada masyarakat. Tujuan utama program ini bagi menceriakan kawasan Balai Polis dengan kerja-kerja mencantas, memotong serta membersihkan kawasan persekitaran balai. Kehadiran disambut oleh Ketua Balai Polis Chin Chin, SM Ibnu Zubir bin Desa serta Jawatankuasa Pembangunan Kemajuan Kampung Chin Chin, Chenderah dan Chohong. Turut hadir Timbalan Pengarah Pusat Koreksional Jasin, PP Mohd Rehan bin Khamis dan TPP Rafizi bin Ramli, Ketua Unit Keselamatan Pusat Koreksional Jasin. Pihak Pengurusan Pusat Koreksional Jasin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua anggota yang terlibat dalam menjayakan program ini.