Pada 26 September 2025 (Jumaat), Pengurusan Pusat Koreksional Jasin telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) Negeri Melaka iaitu YBrs. Tuan Ir. Haji Mohamad Salzeli bin Moktar. Kunjungan diketuai oleh PKP Shaharudin bin Ahmad, Pengarah Pusat Koreksional Jasin, PP Mohd Rehan bin Khamis, Timbalan Pengarah, TPP Razrin Hamidi bin Abdul Razak, TPP Rafizi bin Ramli dan Insp. Azman bin Mohd. Kunjungan ini membincangkan keperluan khidmat nasihat dari JKR Melaka mengenai pembangunan infrastruktur di Pusat Koreksional Jasin dan jalinan kerjasama dari pelbagai aspek. Pengurusan Pusat Koreksional Jasin merakamkan penghargaan kepada JKR Negeri Melaka dan semua warga kerja PK Jasin yang terlibat dalam menyelaras kunjungan ini.