Matomo

Latihan Light Strike Force (LSF) Tahun 2026 Pusat Koreksional Bintulu / PPK / PPA

English |  English

A+
Aa
A-
A
A
A

Soalan Lazim Hubungi Kami Aduan & Maklum Balas Peta Laman

Latihan Light Strike Force (LSF) Tahun 2026 Pusat Koreksional Bintulu / PPK / PPA

Pada 7 hingga 10 April 2026 telah diadakan Latihan LSF bertempat di Tapak Perhimpunan, Pusat Koreksional Bintulu/ PPK/ PPA. Program anjuran Unit Latihan Institusi (ULIN) ini melibatkan seramai 15 orang pegawai dan anggota daripada pelbagai unit. Objektif latihan ini diadakan ialah untuk meningkatkan tahap kesiapsiagaan dan kemahiran taktikal dalam menghadapi situasi kecemasan serta operasi keselamatan, meningkatkan tahap kecergasan fizikal dan semangat kerjasama, dan memperkukuhkan disiplin serta kepatuhan terhadap arahan. Modul latihan merangkumi latihan kawad dan disiplin pasukan, latihan kecergasan fizikal intensif, simulasi situasi kecemasan dan kawalan keselamatan, latihan tindak balas pantas (quick response drill) dan latihan kerja berpasukan dan kepimpinan. Latihan ini telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya selama 4 hari dan pada hari terakhir juga telah diadakan persembahan Kawad Reformasi dan Simulasi dengan disaksikan oleh PKP Zakaria bin Mat Jusoh, Pengarah Pusat Koreksional Bintulu/ PPK/ PPA bersama TPP Muhammad Syahiran bin Che Noh, Ketua Bahagian Keselamatan dan Ketenteraman Penjara.