Matomo

Kursus Control And Restraint Technique (C&R) Kepada Pegawai, Anggota Dan Kakitangan Di Pusat Koreksional Jasin, Melaka

English |  English

A+
Aa
A-
A
A
A

Soalan Lazim Hubungi Kami Aduan & Maklum Balas Peta Laman

Kursus Control And Restraint Technique (C&R) Kepada Pegawai, Anggota Dan Kakitangan Di Pusat Koreksional Jasin, Melaka

Pada 29 dan 30 April 2026 (Rabu dan Khamis), Unit Latihan Pusat Koreksional Jasin (PK Jasin) telah mengadakan Kursus Pemantapan Control & Restraint Techniques (C & R) iaitu mengawal dan mencegah. Kursus ini dihadiri seramai (30) orang terdiri daripada  pegawai, anggota lain-lain pangkat dan pegawai kader institusi. Turut hadir bagi memberi sokongan ialah PKP Shaharudin bin Ahmad, Pengarah PK Jasin, PP Mohd Rehan Bin Khamis, Timbalan Pengarah PK Jasin, TPP Razrin Hamidi bin Abdul Razak dan TPP Rafizi bin Ramli. Kursus ini dikendalikan oleh Sjn 18025 Rosdi Bin Md Arshad, Sjn 18557 Mujahid Bin Hamzah, Kpl 20660 Mohd Shahrul Nizam Bin Mohd Ros, Kpl 23439 Tahajuddin Bin Minang dari Unit Trup Tindakan Cepat (TTC), Bahagian Keselamatan dan Kententeraman Penjara, Ibu Pejabat Penjara Malaysia (IPPM). Penyelaras kursus ialah KIP Raffi bin Tuminoh. Kursus ini bertujuan untuk memberi ilmu, menambah keyakinan dan kemantapan kepada anggota dalam menguasai teknik C&R. Di samping itu kursus ini dapat mengukuhkan kemahiran dalam  mengendalikan situasi luar biasa ketika mengawal penghuni penjara. Antara teknik-teknik C&R yang dipelajari ialah Defensive Posture, Basic Wrist Lock, Inward Rotation, Outward Rotation dan Other Lock And Movement. Pengurusan PK Jasin merakamkan penghargaan kepada Bahagian Keselamatan dan Ketenteraman Penjara IPPM, barisan kejurulatihan, penyelaras dan semua anggota dan kakitangan yang terlibat dalam menjayakan kursus ini.