Pada 2 September 2026 (Rabu) Majlis Sambutan Maulidur Rasul bagi tahun 2026 telah diadakan di Surau An-Nur Pusat Koreksional Jasin (PK Jasin) melibatkan (80) Orang Diselia (ODS) dan warga kerja PK Jasin. Penaja utama dan sumbangan ialah dari Majlis Agama Islam Melaka (MAIM). Ceramah agama yang bertajuk "Ujian Kekasih Allah" telah disampaikan oleh Pegawai Khas Agama kepada YAB Ketua Menteri Melaka iaitu Al-Fadhil Ustaz Hairul Amin bin Madon. Objektif program adalah untuk memperingati dan menanam semangat kecintaan kepada junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W serta menyemai nilai-nilai murni kepada ODS melalui akhlak dan sunnah yang disampaikan. Turut serta dalam program ini PKP Shaharudin bin Ahmad, Pengarah PK Jasin, PP Mohd Rehan Bin Khamis, Timbalan Pengarah PK Jasin, TPP Razrin Hamidi bin Abdul Razak, TPP Rafizi bin Ramli, Doktor Mohd Mahdzan bin Mazelan, Encik Muhamad Ridwan bin Maming, (Pegawai Psikologi), pegawai kanan, anggota dan warga kerja PK Jasin. Pengurusan PK Jasin merakamkan setinggi tinggi penghargaan kepada Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) sebagai penaja utama. Penghargaan juga diberikan kepada penyelaras program iaitu Ustaz Mohd Syukri bin Shawal, Ustaz Mohd Alim bin Yasak dan Ustaz Muhammad bin Abdullah dari Unit Agama PK Jasin, Unit Pemulihan, ahli jawatankuasa program dan semua warga kerja PK Jasin yang hadir serta menyokong program yang penuh bermakna ini.










