Pada 29 Oktober 2026 (Khamis), telah berlangsung Majlis Penutupan Program Pemuliaan Al-Quran Pusat Koreksional Jasin (PK Jasin) bagi Tahun 2026 bertempat di Masjid Al-Ghaffar, Masjid Daerah Jasin, Melaka. Majlis telah dirasmikan oleh Ustazah Noorhafizah binti Ibrahim, Ketua Penolong Pengarah merangkap Pengarah Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM). Turut hadir ialah PP Mohd Rehan bin Khamis, Timbalan Pengarah PK Jasin sebagai tetamu jemputan. Pihak JAIM turut diwakili oleh Ustazah Norfahmyza binti Termizi, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penyelidikan, Ustaz Muhammad Adib bin Hatim, Penolong Pengarah Bahagian Undang-Undang Keluarga Islam, Ustazah Nabilah binti Kamaruzzaman, Penolong Pengarah Bahagian Penyelidikan serta Ustaz Mohd Idzwan bin Suluddin. Turut mewakili Pusat Koreksional Jasin ialah SJN Mohd Khairol bin Johari, SJN Ahmad Fazli bin Khalid Tajuddin, KPL Amyzol bin Ameran dan Ustaz Mohd. Syukri bin Shawal. Program Pemuliaan Al-Quran ini telah dilaksanakan sebanyak 12 siri sepanjang tahun 2026 bagi memberikan pendedahan dan bimbingan kepada Orang DiSelia (ODS) berkaitan kaedah pengurusan serta pelupusan bahan al-Quran yang rosak mengikut ketetapan yang ditetapkan. Majlis penutup ini turut menjadi penghargaan terhadap komitmen dan penglibatan semua pihak dalam menjayakan program, di samping memupuk kecintaan terhadap al-Quran serta memperkukuh nilai kerohanian dan pembangunan sahsiah ODS. Diharapkan kerjasama strategik antara JAIM dengan Pusat Koreksional Jasin dapat diteruskan bagi memperkukuh usaha pemulihan dan pembangunan sahsiah ODS secara berterusan.










