| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Soalan Lazim Hubungi Kami Aduan & Maklum Balas Peta Laman

Panduan Lawatan Berkumpulan Ke Institusi Penjara

Jabatan Penjara menggalakkan lawatan-lawatan ke Institusi Penjara bagi tujuan memberi keinsafan kepada masyarakat dan menggalakkan mereka menyumbang ke arah pemulihan banduan-banduan, tertakluk kepada keadaan keselamatan dan risiko pelawat-pelawat berkaitan.

  • Kebenaran lawatan ini boleh dipertimbangkan kepada pertubuhan-pertubuhan dan organisasi seperti berikut:-
  • Badan-badan beruniform seperti Polis/Tentera;
  • Pertubuhan-pertubuhan sukarela, badan-badan berkanun dan bukan kerajaan yang berhasrat menyumbang ke arah pemulihan Jabatan Penjara seperti pertubuhan keugamaan;
  • Penuntut-penuntut pusat pengajian tinggi yang ada kaitan dengan Jabatan Penjara dalam bidang pengajian mereka;
  • Pertubuhan-pertubuhan belia bertujuan memberi kesedaran kepada peserta;

Permohonan lain-lain yang difikirkan wajar diberi pertimbangan.


Tatacara permohonan membuat lawatan :-

Semua permohonan hendaklah dihantar kepada :

Komisioner Jeneral Penjara
Ibu Pejabat Penjara Malaysia
Kajang-Semenyih ByPass, 43000 Kajang
SELANGOR
(u.p. : Pengarah Dasar Kepenjaraan)

Maklumat lanjut hubungi :
Tel. - 03-87328026

Permohonan hendaklah dibuat dalam tempoh empat (4) minggu sebelum tarikh lawatan yang dicadangkan.
- (Hari Sabtu, Ahad dan Cuti Umum - Aturcara lawatan tidak dibenarkan)
- Walau bagaimanapun penetapan tarikh tertakluk kepada kelulusan Bukit Wira.

Setiap permohonan hendaklah mengemukakan butir-butir lengkap peserta.
- (Nama/No. Kad Pengenalan/ Alamat Terakhir/Umur)

Bilangan peserta yang akan menyertai lawatan ini hendaklah tidak melebihi tiga puluh (30) orang

Sekiranya jamuan disediakan untuk pelawat maka segala kos penyediaan ini hendaklah ditanggung oleh pelawat dan menjelaskannya sebaik sahaja tiba sebelum memulakan lawatan.
- Perbincangan boleh dibuat terlebih dahulu bagi menentukan menu dan bayaran dengan institusi penjara berkenaan

Pelawat-pelawat hendaklah mematuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan yang akan dikeluarkan bersama surat kelulusan bagi permohonan yang diluluskan

Memastikan semua peserta membawa kad pengenalan semasa lawatan untuk tujuan pemeriksaan keselamatan dan berpakaian yang bersesuaian dan sopan.