| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Lawatan Kerja Bahagian Pengurusan Sekolah Harian Kementerian Pendidikan Malaysia Ke SHG Melaka

Institusi Sekolah Henry Gurney Telok Mas Melaka telah menerima lawatan kerja dari Bahagian Pengurusan Sekolah Harian Kementerian Pendidikan Malaysia iaitu Puan Hajah Salina Binti Baharom, Timbalan Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Harian. Turut hadir Encik Azhan bin Anuar, Ketua Sektor Pendidikan Bahagian Pengurusan Banduan IPPM. Lawatan diadakan bertujuan memantau persediaan pembukaan semula sesi persekolahan yang terkesan akibat penularan jangkitan Covid-19. Ianya bagi memastikan sesi pembukaan sekolah mengikut penetapan Prosedur Operasi Standard (SOP) dan garis panduan yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara dan Kementerian Kesihatan Malaysia.