| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Logo & Motto




Bintang pecah 14 dan Kerajaan Persekutuan, manakala, bintang menandakan 13 buah negeri bersama- sama anak bulan menandakan agama Islam - Agama Rasmi Malaysia.
Kunci Bersilang melambangkan kuasa dan tanggungjawab yang diamanahkan oleh Jabatan untuk mengendalikan tugas-tugas.
Bunga Padi melambangkan perpaduan dan kerjasama yang erat di semua peringkat kakitangan yang berbilang bangsa.
Latar belakang warna hijau melambangkan warna rasmi Jabatan Penjara dan taat setia kepada Ketua





MESRA, IKHLAS DAN BERBAKTI
Kami di Jabatan Penjara Malaysia menjalankan tugas menegakkan sistem keadilan jenayah negara dan memikul amanah rakyat memulihkan pesalah-pesalah dengan penuh tanggungjawab, berbakti kepada bangsa dan negara.
WARNA HIJAU
Warna korporat jabatan yang melambangkan matlamat jabatan untuk melahirkan kembali warga yang telah runtuh akhlak kepada seorang insan yang produktif dan kembali ke pangkuan masyarakat sebagai rakyat yang berguna seterusnya menunaikan tanggungjawab mereka terhadap masyarakat.
LAKARAN BENTUK HATI DAN TANGAN
Melambangkan komitmen masyarakat dalam menerima kembali bekas-bekas banduan ke dalam institusi masyarakat tanpa sebarang prasangka yang menjejaskan program pemulihan jabatan.