| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Bahagian Teknologi Maklumat


Pengarah
Rosnani Binti Saion

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

 Objektif

Bertanggungjawab dalam penggunaan teknologi maklumat yang sesuai supaya fungsi dan tugas harian di Jabatan Penjara Malaysia dapat dijalankan dengan cekap, berkesan dan menepati keperluan semasa bagi menjamin perkhidmatan yang profesional, berkualiti serta mencapai tahap produktiviti yang disasarkan.


Fungsi

  • Untuk mencapai objektif ini Bahagian Teknologi Maklumat memainkan peranan yang penting sebagai penggerak utama berhubung teknologi maklumat di Jabatan Penjara Malaysia dengan fungsi-fungsi berikut:
  • Merancang dan mengesyorkan dasar, strategi, piawaian dan pelan rancangan teknologi maklumat bagi Jabatan.
  • Membekal dan menguatkuasakan metodologi dan piawaian dalam pembangunan sistem-sistem aplikasi Jabatan.
  • Merancang dan menguatkuasakan dasar keselamatan ICT selaras dengan keselamatan ICT Kerajaan.
  • Menguruskan penyenggaraan peralatan komputer supaya berada dalam keadaan beroperasi secara optima.
  • Mengurus dan memberi bimbingan serta khidmat nasihat dalam pelaksanaan projek teknologi maklumat.
  • Mengurus dan melaksanakan proses perolehan peralatan komputer untuk projek pengkomputeran.
  • Mengesyorkan keperluan latihan dalam perkara-perkara yang berhubung dengan pengoperasian komputer bagi semua staf Jabatan.
  • Bertindak sebagai urusetia kepada Jawatankuasa Pengurusan Dan Pelaksanaan Projek Pengkomputeran Jabatan Penjara Malaysia


Bahagian Teknologi Maklumat terdiri dari:-

Unit Aplikasi Dan Pengurusan Portal

  • Mengurus dan mentadbir pembangunan dan pelaksanaan sistem aplikasi teras dan sistem aplikasi sokongan baharu Jabatan.
  • Mengurus dan mentadbir penyelenggaraan dan operasi sistem aplikasi teras dan aplikasi sokongan Jabatan
  • Mengurus dan memantau pelaksanaan aplikasi kerajaan (EG).
  • Menyelaras dan memantau pelaksanaan Portal Jabatan

Unit Dasar Perancangan Dan Pentadbiran

  • Merancang dan menetapkan pengurusan pentadbiran perjawatan bagi memastikan urusan berkaitan berjalan dengan lancar dan teratur.
  • Merancang dan menetapkan pengurusan mesyuarat dengan teliti supaya mesyuarat dijalankan dengan lancar dan berkesan.
  • Merancang dan Merangka berkaitan aset alih melalui Sistem Pemantauan Pengurusan Aset Alih.
  • Merancang dan memantau Dasar Keselamatan ICT
  • Memberi khidmat nasihat untuk pelaksanaan ISO 2700:2013 (ISMS)

Unit Teknikal Multimedia Dan Email

  • Mengurus dan mentadbir perolehan, penyelenggaraan, baikpulih dan penggantian perkakasan dan perisian ICT.
  • Memberi khidmat nasihat pelaksanaan persidangan video (VC) yang melibatkan acara rasmi Jabatan.
  • Mengurus dan memantau pemasangan, penyelenggaraan dan operasi perisian antivirus dan desktop management system (DMS)
  • Memberi khidmat nasihat berkaitan perkhidmatan email MyGovUC

Unit Rangkaian Pusat Data Dan Keselamatan ICT

  • Merangka dan merancang keperluan perkhidmatan Rangkaian LAN dan WAN bagi memastikan rangkaian berjalan dengan lancart
  • Merangka dan merancang pentadbiran Pusat Data serta Pusat Pemulihan Bencana (DRC) berjalan dengan lancar.
  • Memberi khidmat nasihat bagi pengendalian insiden keselamatan Jabatan bagi memastikan ianya terjamin.
  • Merancang dan menetapkan pengendalian Sistem Pengurusan Kad Akses Bersepadu (SPKAB) sentiasa berfungsi dengan baik.