| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Majlis Penyerahan Bekas Banduan (BB) Serta Penyampaian Sijil Penghargaan Kepada Syarikat Dan NGO Yang Terlibat Di Dalam Program Penempatan Semula Banduan (PPSB) Penjara Kajang, Selangor

Pada 17 Jun 2020 (Rabu), bertempat di Dewan Kelab, Penjara Kajang, Selangor telah berlangsungnya Majlis Pelancaran Penyerahan Bekas Banduan (BB) Serta Penyampaian Sijil Penghargaan Kepada Syarikat Dan NGO Yang Terlibat Di Dalam Program Penempatan Semula Banduan (PPSB) Penjara Kajang yang disempurnakan oleh TKP Abdul Halim Bin Ma Hasan, Pengarah Penjara Kajang. Majlis turut dihadiri oleh PKK M. Basakaran A/L S. Muthiah, Timbalan Pengarah Penjara Kajang, Dato Lokman Hakim Pfordten Bin Abdul Rahim Pfordten, Ketua Pegawai Eksekutif, GISB Holdings Sdn. Bhd. dan Encik Abdul Rahim Bin Ishak, Eksekutif Kanan 1, SME Corp Malaysia.

Sebanyak 22 buah syarikat dan 5 buah Badan Bukan Kerajaan (NGO) telah menerima Sijil Penghargaan daripada Penjara Kajang kerana telah bekerjasama dengan PPSB Penjara Kajang dalam merealisasikan visi dan misi program. Unit PPSB Penjara Kajang dianggotai oleh PP Kamarul Efzan Bin Johori, IP Mohd Khairul Anam Bin Zainal, SP Mohd Ridzuan Bin Mohd Jali, SP Mohd Rizal Bin Mohamad dan SP Hafifa Hafiz Bin Hassan.

Turut diadakan adalah sesi perkongsian pengalaman oleh wakil syarikat dan bekas banduan dan sesi penyerahan bekas banduan kepada syarikat.