| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Program Gotong-Royong Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Bali Chaah

Pada 21.06.2020 (Ahad) Pejabat Parol Dan Perkhidmatan Komuniti Daerah Segamat telah menerima jemputan bagi menghadiri Program Gotong-Royong Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Bali Chaah. Seramai 3 anggota dan ODP terlibat dalam menjayakan program ini. Program bermula sekitar jam 09.00 pagi diikuti dengan taklimat program dan pengagihan kerja. Seramai lebih 50 orang terlibat terdiri daripada warga sekolah, pekerja SWM, Sukarelawan Melayu Labis. Turut hadir bersama Ahli Majlis Daerah Labis Puan Hajah Haslinda bagi menjayakan program ini. Kerja-kerja kebersihan yang telah diaturkan oleh pihak sekolah meliputi kawasan penanaman kelapa sawit dan bilik darjah pelajar yang akan memulakan sesi persekolahan untuk tingkatan 5 pada 24/06/2020. Sehingga jam 12.30 semua kerja dapat disiapkan dan di akhiri dengan jamuan makan tengahari.