| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Sumbangan Buah Kurma Oleh Yusuf Taiyoob Sdn. Bhd. (YUTA) kepada Penghuni Penjara Taiping

Sumbangan Buah Kurma Oleh Yusuf Taiyoob Sdn. Bhd. (YUTA) kepada Penghuni Penjara Taiping telah diterima pada hari Jumaat, 25 April 2020 di Surau Diri Jumaat Al-Hidayah, Penjara Taiping. Sumbangan ini telah dihadiahkan oleh Pengasas dan Pengarah Urusan Yusuf Taiyoob Sdn. Bhd. iaitu Dato' Seri Yusuf Taiyoob sempena meraikan banduan di Penjara Taiping bagi menyambut kedatangan Ramadan Al-Mubarak 1441H. Buah-buah kurma sebanyak 500 kg (1/2 tan) ini akan diagihkan dalam hidangan berbuka puasa banduan pada setiap hari sepanjang bulan Ramadan. Pihak Pengurusan Tertinggi dan Unit Agama Penjara Taiping merakamkan Setinggi-tinggi Penghargaan dan Terima Kasih kepada Dato' Seri Yusuf Taiyoob atas sumbangan ini.