| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Lawatan Kerja Yang Teramat Mulia Dato' Mendika Menteri Akhirulzaman Datuk Haji Maarof Bin Haji Mat Rashad,Undang Luak Jelebu

Jun 2020 (Rabu) - Institusi Pemulihan Dadah Jelebu (IPDJ) telah menerima kunjungan lawatan kerja Yang Teramat Mulia Dato' Mendika Menteri Akhirulzaman Datuk Haji Maarof bin Haji Mat Rashad Undang Luak Jelebu bersama Lembaga Adat Negeri Sembilan. Turut hadir PKP Shahrom bin Mohamed Pengarah IPDJ dan DSP Maslan Bin Udin Ketua Polis Daerah Jelebu serta anggota dari IPDJ, Polis Daerah Jelebu & Pusat Kepimpinan dan Latihan, Kem Kongkoi. Lawatan kerja ini bertujuan melihat Sekatan Lalulintas Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) oleh pihak Polis Daerah Jelebu di Kawasan Luar Penjara IPDJ dan memberi sokongan moral serta beramah mesra bersama' Frontliners' yang bertugas di Sekatan Jalan Raya Covid-19 di KM 20 Jalan Simpang Pertang - Manchis dan KM 14 Jalan Kuala Klawang - Genting Peras.