| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Lawatan Kerja Setiausaha Bahagian Pembangunan Kementerian Pertanian Dan Industri Makanan Ahli Lembaga Pengarah Lpnm Ke Projek Tanaman Nanas Pusat Koreksional Jasin Melaka

Lawatan Kerja Puan Safida Zalma binti Mohd Piah (Setiausaha Bahagian Pembangunan, Kementerian Pertanian dan Industri Makanan), merangkap Ahli Lembaga Pengarah Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) ke Pusat Koreksional Jasin Melaka telah diadakan pada 16 Julai 2020 (Khamis). Turut serta dalam lawatan tersebut ialah Dr. Jamaliah binti Laham (Pengarah Bahagian Perancangan Strategik (LPNM), Puan Siti Hajar binti Ramlee Pengarah (LPNM) Negeri Sembilan dan Melaka, PKK Mohd Andri bin Md. Ridzuan (Timbalan Pengarah Bahagian Parol dan Perkhidmatan Komuniti IPPM), PKP Mohd Kamal bin Shamsudin (Timbalan Pengarah Penjara Negeri Melaka). Pelawat di bawa melawat kebun nanas, kebun tanaman halia dan jagung, pelawat diiringi oleh PKP Noratimah binti Abu Bakar (Pengarah Pusat Koreksional Jasin Melaka).