| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Lawatan Kerja Korporat Hino Motor Sales (M) Sdn. Bhd Ke Sekolah Henry Gurney Telok Mas Melaka

Pada 22 Julai 2020 (Selasa) Institusi Sekolah Henry Gurney telah menerima lawatan kerja dari HINO Motor Sales (M) Sdn. Bhd ke Sekolah Henry Gurney Telok Mas Melaka. Lawatan ini bertujuan membincangkan hala tuju dan kesinambungan kerjasama di antara pihak HINO (M) yang telah sedia terjalin Sekolah Henry Gurney Telok Mas, Melaka. Kehadiran Lawatan ini diketuai oleh Tuan Haji Ahmad Yasmin Yahya, Pengarah, Selepas Jualan HINO Motor Sales (Malaysia) Sdn Bhd disambut oleh PKP Raja Nazril Azman bin Raja Azam Iskandar, Pengarah Sekolah Henry Gurney Telok Mas Melaka. Lawatan ini membuka ruang yang lebih kearah peningkatan latihan kemahiran dikalangan anggota dan penghuni serta peluang pekerjaan di Syarikat HINO Motor Malaysia.