| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Majlis Perjumpaan Non-Government Organization (NGO) Agama-Agama Lain Bertempat Di Bilik Mesyuarat Utama, Institusi Pemulihan Dadah Jelebu

24 Julai 2020 (Jumaat)-Institusi Pemulihan Dadah Jelebu (IPDJ) telah mengadakan Majlis Perjumpaan Non-Government Organization (NGO) Lain-Lain Agama bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, Institusi Pemulihan Dadah Jelebu yang dipengerusikan oleh Penolong Komisioner Penjara Shahrom Bin Mohamed Pengarah IPD Jelebu. Seramai 7 orang penceramah daripada 5 Non-Government Organization (NGO) iaitu Pertubuhan Penganut Vethathiri Sky Manavalakalai, Persatuan Hindu Sangam, Persatuan Buddhist Care Centre Kuala Lumpur, Persatuan Persaudaraan Penjara Katolik dan Persatuan Persaudaraan Penjara Malaysia hadir pada majlis ini. Tujuan majlis perjumpaan ini adalah untuk penyelarasan pelaksanaan program agama Non Muslim di IPD Jelebu mengikut Garis Panduan Pelaksanaan Program Agama Dan Kaunseling bagi Program Pemulihan di Seluruh Institusi Penjara Malaysia Semasa Pandemik Covid-19. Di samping itu, majlis ini juga dapat mengeratkan hubungan silaturrahim dan mengukuhkan kerjasama antara Non-Government Organization (NGO) Lain-Lain Agama dengan kakitangan IPD Jelebu. Institusi ini telah menerima sumbangan daripada Persatuan Persaudaraaan Penjara Malaysia berbentuk Portable Michrophone untuk kegunaan kelas keagamaan.