| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Majlis Penutupan Kursus Pelaksanaan In House Training Module Therapeutic Community (TC) Siri 1/2020 Bertempat Di Rumah Kelab, Institusi Pemulihan Dadah Jelebu

20 Julai 2020 (Isnin) - Institusi Pemulihan Dadah Jelebu (IPDJ) telah mengadakan Majlis Penutupan Kursus Pelaksanaan In House Training Module Therapeutic Community (TC) Siri 1 /2020 bertempat di Rumah Kelab IPDJ yang dirasmikan oleh Penolong Kanan Komisioner Abd. Rahman Bin Haji Taib, Pengarah Penjara Negeri Sembilan. Turut hadir bersama Penolong Kanan Komisioner Muhammad Nazri Bin Nasrudin Penolong Pengarah Kanan Bahagian Pengurusan Banduan Ibu Pejabat Penjara Malaysia dan Penolong Komisioner Penjara Shahrom Bin Mohamed Pengarah IPDJ. Seramai 24 Kakitangan IPDJ telah terlibat dalam kursus tersebut dengan jayanya. Tujuan kursus ini adalah untuk memberi pendedahan dan kesedaran kepada kakitangan berkaitan program Therapeutic Community (TC) di Institusi ini, agar semua kakitangan dapat memainkan peranan seperti di dalam Amalan Teori TC bagi membantu kepulihan banduan dengan lebih berkesan dan mencapai objektif pelaksanaannya.