| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2019 Peringkat Penjara Negeri Terengganu

Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2019 Peringkat Penjara Negeri Terengganu telah diadakan pada 22 Julai 2020 (Rabu) bertempat di Dewan Perdana, Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA). Majlis ini telah disempurnakan oleh YBhg. KJP Dato' Sri Hj. Zilkifli bin Omar, Ketua Pengarah Penjara Malaysia. Turut hadir di majlis tersebut ialah Profesor Dato' Dr. Hassan Basri bin Awang Mat Dahan, Naib Cancelor UniSZA, YBhg. Datin Sri Hjh. Noraini binti Hj. Man, Yang Dipertua PERSIAP Malaysia, YBrs. KP Supri bin Hashim, TKP Ahmad Saidi bin Hamzah dan Puan Nor Kamisah binti Che Daud.

Majlis dimulakan dengan upacara pemakaian pangkat kehormat kepada YBhg. Prof. Dato' Dr. Hassan Basri bin Awang Mat Dahan, Naib Cancelor UniSZA. Kemudian diteruskan dengan penyampaian Pingat Ketua Pengarah Penjara Malaysia dan penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang. Seramai (41) penerima APC yang terdiri dari Kakitangan Penjara Marang, Pusat Koreksional Dungun dan Parol Negeri Terengganu.

Pada jam 02.30 petang, YBhg. KJP Dato' Sri Hj. Zilkifli bin Omar, Ketua Pengarah Penjara Malaysia telah mengadakan lawatan ke Bengkel Songket Penjara Marang. Turut sama dalam lawatan tersebut ialah YBhg. Datin Sri Hjh. Noraini binti Hj. Man, Yang Dipertua PERSIAP Malaysia, YBrs. KP Supri bin Hashim, TKP Ahmad Saidi bin Hamzah dan Puan Nor Kamisah binti Che Daud. Ketibaan rombongan lawatan disambut oleh PKK Nik Robidin bin Ab Rahman, Pengarah Penjara Marang dan pegawai-pegawai kanan.