| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Program Gotong-Royong Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Bali Chaah

Pada 13.07.2020 (Isnin) Pejabat Parol Dan Perkhidmatan Komuniti Daerah Segamat telah menerima jemputan bagi menghadiri Program Gotong-Royong Wabak Denggi dan Perasmian Team Smash Aedes. Seramai 3 anggota dan ODP terlibat dalam menjayakan program ini. Program bermula sekitar jam 09.00 pagi dimulakan dengan taklimat program dan pengagihan kerja. Seramai lebih 50 orang yang terlibat terdiri daripada warga sekolah, Pekerja SWM, Sukarelawan Melayu Labis. Turut hadir menjayakan program ini Ahli Majlis Daerah Labis, Puan Hajah Haslinda. Kerja- kerja kebersihan telah diaturkan oleh pihak Jabatan Kesihatan Segamat dan Majlis Daerah Labis.