| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Majlis Perhimpunan Bulanan Peringkat Penjara Negeri Sembilan

Pada 14 Julai 2020 bertempat di Dewan Serbaguna Pusat Reintegrasi Penghuni Kem Syed Sirajuddin Gemas, Negeri Sembilan telah diadakan Majlis Perhimpunan Bulanan bagi bulan Julai Peringkat Penjara Negeri Sembilan. Majlis diserikan lagi dengan kehadiran YDH Penolong Kanan Komisioner Abdul Rahman bin Taib Pengarah Penjara Negeri, Negeri Sembilan, Penolong Komisioner Penjara Fayrouz bin Ahmad Zawawi, Pengarah Penjara Seremban, Penolong Komisioner Penjara Shahrom bin Mohamad, Pengarah Institut Pemulihan Dadah Jelebu, Penguasa Penjara Wan Rosli bin Dollah, Pegawai Yang Menjaga Pusat Reintegrasi Penghuni Kem Syed Sirajuddin Gemas. Aturcara majlis dimulakan dengan pemakaian pangkat Ketua Inspektor Penjara, Mohammad Nafis bin Aziz dan majlis penyampaian pingat dan Sijil Penghargaan Jabatan Penjara Malaysia kepada kakitangan yang telah menunjukkan prestasi yang berkualiti dan cemerlang bagi tahun 2019.