| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Kursus Pembangunan Kendiri Dan Pembinaan Personaliti Siri 1/2020 Pusat Koreksional Jasin, Melaka

30 Jun 2020 (Selasa), Unit Pengurusan Psikologi dengan kerjasama Jawatankuasa AKRAB Pusat Koreksional Jasin (PKJ), Melaka telah mengadakan Kursus Pembangunan Kendiri dan Pembinaan Personaliti Siri 1/2020 bertempat di Bilik Orkid, Pusat Koreksional Jasin. Kursus ini disampaikan oleh penceramah jemputan iaitu Encik Mohamad Hasbullah Bin Mustafa dan telah dihadiri seramai 30 orang peserta yang terdiri daripada pegawai kanan, pegawai lain-lain pangkat dan pegawai awam yang bertemakan ?Amazing Staff?. Antara objektif kursus ini adalah untuk meningkatkan ilmu pengetahuan berkaitan dengan aspek perhubungan manusia, pembangunan diri (konsep kendiri) dan amalan kerja berpasukan. Selain itu, ia juga bertujuan membina keyakinan diri melalui amalan komunikasi yang berkesan, beradab dan jaringan hubungan yang mesra dalam menjalankan tugas seharian. Kursus sehari ini diisi dengan pengisian seperti ceramah dan beberapa slot LDK, antaranya :-

1.Sesi Ice Breaking & Trust ? Self Improvement & "Semua Orang adalah Penting + Ukhuwah"
2."Who Am I?" ? Personaliti Unggul & Budaya Kerja Cemerlang (Kerja baik + Ikhlas)
3."War Game" ? The Power of Giving & The Power of Al-Wahhab

Dengan penganjuran kursus ini, ianya dapat memberi aura yang lebih positif kepada para peserta dalam menghadapi pelbagai cabaran di tempat kerja dan kehidupan seharian. Selain itu, para peserta juga dapat memahami peranan, tanggungjawab serta amanah yang wajib dipikul seterusnya mengenal potensi diri sendiri.