| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Program Gotong-Royong Mega Perangi Aedes SHG Telok Mas Melaka

Pada 11 Julai 2020 (Sabtu) Institusi Sekolah Henry Gurney Telok Mas, Melaka telah mengadakan Program Gotong-royong Cegah Aedes dengan kerjasama Pejabat Kesihatan Daerah Melaka Tengah. Taklimat pencegahan aedes telah disampaikan wakil pegawai dari Unit Promosi Kesihatan PKD Melaka Tengah. Dalam sesi gotong ianya turut dibantu oleh Unit Vektor bagi mengesan lokasi pembiakan nyamuk aedes. Program ini telah dirasmikan oleh PKP Raja Nazril Azman Bin Raja Azam Iskandar, Pengarah Sekolah Henry Gurney,Telok Mas Melaka.