| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2019, Pemakaian Pangkat dan Pingat Peringkat Institusi Penjara Sungai Buloh

04 Julai 2020 (Sabtu), Penjara Sungai Buloh, Selangor telah mengadakan Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2019, Pemakaian Pangkat dan Pingat Peringkat Institusi Penjara Sungai Buloh yang disempurnakan oleh YBhg. KJP Dato' Sri Hj. Zulkifli bin Omar, Ketua Pengarah Penjara Malaysia. Majlis ini merupakan satu norma baharu dengan mematuhi Standard Operation Procedure (S.O.P) yang di keluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara. Seramai 60 anggota dan kakitangan awam bertugas di Penjara Sungai Buloh diraikan (1) pemakaian pangkat ke Penolong Kanan Komisioner, PKK Murali a/l Rajoo. (2) Pegawai dianugerahkan Pingat iaitu Pingat Komisioner Jeneral Penjara Kelas 1, IP Hafiz Hanis bin Ismail dan SJN 8495 Sufian bin Mat Napis. (1) Pingat Komisioner Jeneral Penjara Kelas 2, SI Edros bin Haji Sulaiman dan 56 anggota dan kakitangan awam dianugerahkan Anugerah Pekerja Cemerlang bagi tahun 2019. Sesungguhnya penganjuran majlis seumpama ini dapat mendorong semua lapisan pegawai dan kakitangan intitusi untuk sentiasa berusaha memberikan komitmen yang terbaik bagi mencapai hasil kerja yang cemerlang di tempat kerja dan Jabatan Penjara Malaysia amnya.