| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Kunjungan daripada Timbalan Ketua Pengarah (Keselamatan & Koreksional), Jabatan Penjara Malaysia Ke Pusat Koreksional Bintulu

Pada 7 Julai 2020 (Selasa), Pusat Koreksional Bintulu telah menerima kunjungan daripada Timbalan Ketua Pengarah (Keselamatan & Koreksional), Jabatan Penjara Malaysia, TKJP Dato' Alzafry Mohamed Alnassif bin Mohamed Adahan yang turut mempengerusikan Mesyuarat Penyelarasan Banduan/Tahanan Kategori Radikal dan Banduan Liputan Meluas (BLM) Bil. 1/2020. Selesai mesyuarat, beliau telah dibawa melawat ke beberapa tempat dalam penjara seperti blok penempatan banduan dan blok bengkel disusuli dengan jamuan makan dan sesi bergambar. Mesyuarat yang bermula pada jam 2.30 petang dan berkahir pada jam 5.30 petang itu juga turut dihadiri oleh Pengarah Bahagian Keselamatan dan Inteligen, Pengarah Bahagian Pengurusan Banduan, Pengarah Bahagian Banduan/Tahanan Radikal dan Berisiko Tinggi, beberapa orang Pengarah Penjara Negeri, dan Ketua-Ketua Institusi. Pada sebelah malam telah diadakan jamuan makan yang telah diadakan di NU Hotel, Bintulu.