| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Program Muhasabah Diri 2020 Peringkat Penghuni Penjara Taiping

Program Muhasabah Diri 2020 Peringkat Penghuni Penjara Taiping telah diadakan pada hari Khamis, 09 Julai 2020 di Surau Diri Jumaaat Al-Hidayah, Penjara Taiping. Antara pengisian program ialah Ceramah Motivasi Diri yang disampaikan oleh Yang Berbahagia, Al-Fadhil Ustaz Lutfi Amir bin Saiadin, Pegawai Hal Ehwal Islam, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah dan Sesi Soal Jawab bersama penghuni. Program ini diadakan bagi memberikan kesedaran kepada para penghuni agar sentiasa berusaha menjadi hamba Allah yang bertaqwa dalam apa jua keadaan sekalipun. Penyampaian Cenderahati disempurnakan oleh Encik Muhammad Yusof bin Abu Bakar, Pegawai Psikologi, Penjara Taiping. Program bermula jam 10.00 pagi dan berakhir jam 1.00 petang yang melibatkan seramai 150 orang penghuni.