| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Slot Kerohanian Khas Bersama Kakitangan Penjara Taiping

Slot Kerohanian Khas Bersama Kakitangan Penjara Taiping telah diadakan pada hari Jumaat, 10 Julai 2020 di Bilik Dato' Maharajalela, Penjara Taiping. Antara pengisian program ialah ceramah bertajuk KERJA TAK MENJADI, APA PUNCANYA? yang disampaikan oleh Yang Berbahagia, Al-Fadhil Ustaz Lutfi Amir bin Saiadin, Pegawai Hal Ehwal Islam, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah dan Sesi Soal Jawab bersama kakitangan. Program ini diadakan bagi memberikan suntikan semangat kepada kakitangan Penjara Taiping agar terus berusaha menjadi pekerja yang gigih, tekun untuk meningkatkan prestasi dan potensi diri serta menyemai peribadi yang luhur. Program ini bermula jam 8.00 pagi dan berakhir jam 9.30 pagi yang melibatkan seramai 60 orang kakitangan.