| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Mesyuarat Penyelarasan Ternakan Ikan Air Tawar Bil.2/2020 Di Institusi Pemulihan Dadah Jelebu

2 Julai 2020 (Khamis) - Institusi Pemulihan Dadah Jelebu (IPDJ) telah mengelolakan Mesyuarat Penyelarasan Ternakan Ikan Air Tawar Bil.2/2020 yang dipengerusikan oleh YBhg. TKJP Dato' Alzafry Mohamed Alnassif bin Mohamed Adahan, Timbalan Komisioner Jeneral Penjara (Keselamatan & Koreksional). Turut hadir KP Ibrisam bin Abdul Rahman Pengarah Parol & Perkhidmatan Komuniti, KP Abd Kadir bin Rais Pengarah Pengurusan Banduan, PKK Abd. Rahman bin Taib Pengarah Penjara Negeri Sembilan dan PKP Shahrom bin Mohamed Pengarah IPDJ serta Pengarah-Pengarah dari institusi yang terlibat. Mesyuarat ini membincangan resolusi kerjasama dengan syarikat berkaitan usahasama pertanian dan penternakan di institusi penjara.