| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Lawatan Kerja Rasmi Menteri Dalam Negeri ke Penjara Penor, Kuantan, Pahang

Pada 28 Jun 2020 ( Ahad ), Yang Berhormat Dato' Seri Hamzah bin Zainuddin, Menteri Dalam Negeri telah mengadakan lawatan kerja rasmi ke Penjara Penor, Kuantan, Pahang. Turut hadir dalam lawatan rasmi berkenaan ialah YBhg. Dato' Jamil bin Rakon, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri dan pengurusan tertinggi dari Pejabat Ketua Setiusaha Kementerian Dalam Negeri. Ketibaan Yang Berhormat Dato' Seri Hamzah bin Zainuddin telah disambut oleh YH. Dato' Haji Abdul Aziz bin Abdul Razak, Timbalan Komisioner Jeneral Penjara Malaysia ( Pemasyarakatan ), YH. Komisioner Dato' Ab Basir bin Mohamad, Pengarah Penjara Negeri Pahang, Timbalan Komisioner Hafidz bin Othman, Timbalan Pengarah Bahagian Dasar Kepenjaraan ( Seksyen Dasar ) Ibu Pejabat Penjara Malaysia, YH. Penolong Kanan Komisioner Dato' Abu Hasan bin Hussain, Pengarah Penjara Penor dan kakitangan dari Ibu Pejabat Penjara Malaysia serta kakitangan dari Penjara Negeri Pahang. Beliau turut meluangkan masa bagi melawat Bengkel Tenun Pahang Diraja selain melihat sendiri cara - cara penghasilan kain Tenun Pahang Diraja yang dihasilkan oleh penghuni Penjara Penor, Kuantan, Pahang.