| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Laporan Pemantauan Pengurusan Pembukaan Semula Sekolah Integriti Wanita Kota Kinabalu

Pada 1 Julai 2020 (Rabu), Sekolah Integriti Wanita Kota Kinabalu (SIWKK), Penjara Wanita Kota Kinabalu menerima lawatan dari pihak Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Sabah yang diwakili oleh Ketua Penolong Pengarah Kanan, Tuan Tham Yun Fook. Rombongan lawatan disambut baik oleh Timbalan Pengarah, PP Maria Philip Kulip, Komanden Sekolah, KIP Farrinah Gou Rahman, guru-guru dan pegawai SIWKK. Lawatan ini bertujuan memantau pengurusan pembukaan sekolah adalah selari dengan garis panduan yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Rombongan seramai 4 orang ini melawat kawasan sekolah meliputi Zon Wawasan, Zon Harapan, Kelas 3M, Kelas SPM, Kelas Pra SPM, Dewan Rafflesia, Pusat Sumber dan Bilik Guru SIWKK. Selain memantau pengurusan pembukaan semula sekolah, pihak JPN Sabah juga berbesar hati menyumbang beberapa keping poster berkaitan langkah-langkah pencegahan virus Covid-19. Setelah selesai sesi pemantauan, pihak JPN Sabah berpuas hati dengan pengurusan pembukaan semula sekolah yang telah dilaksanakan oleh pihak sekolah. Sesi pemantauan berakhir dengan jayanya pada pukul 12.15 tengahari.