| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Majlis Sambutan Awal Muharram 1442 Hijriah Peringkat Kakitangan Pusat Pemulihan Akhlak Machang, Kelantan

Pada 23 Ogos 2020 (Ahad) Pusat Pemulihan Akhlak Machang, telah menganjurkan Majlis Sambutan Awal Muharram 1442H Peringkat kakitangan bertempat di Surau Al-Huda melibatkan semua kakitangan. Aturcara majlis bermula dengan aktiviti memasak oleh kakitangan, jamuan makan tengahari melibatkan semua kakitangan. Majlis turut dihadiri oleh PKK Mohd shukri bin Harun Pengarah Pusat Pemulihan Akhlak Machang, dan pengerusi PERSIAP Puan Norhayati binti Talib dalam majlis tersebut. Pada sebelah malam pula majlis diteruskan dengan aktiviti ceramah Maal Hijrah oleh Al-Fadhil Ustaz Nik Saifullah bin Nik Abdullah, Pensyarah Jabatan Al-Quran Dan Hadis Kolej Universiti Islam Antarabangsa (KIAS) majlis diteruskan lagi dengan upacara penyampaian cenderahati kepada penceramah dan sumbangan zakat pendapatan Kantin Jumpa kepada asnaf yang layak. Majlis berjalan dengan lancar dan berakhir jam 10.00 malam.