| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Mesyuarat Pengurusan Aset Kolaborasi Bersama Agensi - agensi di Pusat Reintegrasi Penghuni, Jabatan Penjara Malaysia

Pada 10 Ogos 2020 bertempat di Dewan Serbaguna Pusat Reintegrasi Penghuni Kem Syed Sirajuddin Gemas Negeri Sembilan telah diadakan Mesyuarat Pengurusan Aset Kolaborasi bersama Agensi - agensi di enam (6) Kem Pusat Reintegrasi Penghuni Jabatan Penjara di seluruh Malaysia. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Pengarah Parol Dan Perkhidmatan Komuniti, Ibu Pejabat Penjara Malaysia, Komisioner Penjara Ibrisham Bin Abdul Rahman. Mesyuarat turut dihadiri oleh Bahagian Dasar dan Perancangan Strategik Kementerian Pertahanan Dr. Haji Hisham Kamal Bin Othman Kamal, Institut Keselamatan Awam Malaysia (IPSOM) SAC Dr. Nik Azmi Bin Omar, Pengarah Penjara Negeri di setiap Kem, Pegawai Pemerintah Garison Kem Syed Sirajuddin Gemas, Kol. Hj. Che Manan Bin Saat, dan wakil - wakil daripada agensi yang terlibat di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Makanan seperti MARDI, Jabatan Pertanian, Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) dan Jabatan Perikanan serta Pegawai Yang Menjaga di Kem - kem yang terlibat.