| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Majlis Perbarisan Tamat Kursus Pra Asas Pegawai Penjara Gred Ka19 Siri 1/2020

Pada 10 Ogos 2020, bertempat di Dataran Keris Laksamana, Penjara Sungai Udang, telah diadakan Majlis Perbarisan Tamat Kursus Pra Asas Pegawai Penjara Gred KA19 Siri 1/2020. Majlis telah disempurnakan oleh YBhg. Komisioner Penjara Datuk Abdul Aziz bin Mohamad (Pengarah Penjara Negeri Melaka). Turut hadir TKP Noor Aziz bin Muhammad Noor (Pengarah Penjara Sungai Udang) dan Pengarah-Pengarah Institusi Penjara Negeri Melaka. Seramai 43 orang pelatih telah menamatkan kursus pra asas gabungan Institusi Penjara Sungai Udang, Pusat Koreksional Jasin, Penjara Dusun Dato? Murad, Sekolah Henry Gurney, Telok Mas dan Pusat Pemulihan Akhlak, Muar bermula dari 07 Julai 2020 hingga 07 Ogos 2020 dibawah seliaan Unit Latihan Penjara Sungai Udang. Turut disampaikan Anugerah Aktiviti Luar Terbaik kepada pelatih Malik bin Awang@Ajis dari Penjara Sungai Udang, Anugerah Kepimpinan Terbaik kepada Mohammad Izzat bin Mohd Zamri dari Pusat Pemulihan Akhlak, Muar, dan Anugerah Keseluruhan Terbaik kepada Abdul Hakim bin Abu Bakar dari Penjara Sungai Udang.