| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Majlis Ibadah Qurban Pusat Koreksional Jasin 2020

Pada 3 Ogos 2020 (Isnin) bersamaan 13 Zulhijjah 1441M, Pusat Koreksional Jasin telah mengadakan Majlis Ibadah Korban Berkelompok bertempat di Surau An-Nur, Kuarters Kakitangan Pusat Koreksional Jasin, Melaka. Pelaksanaan ibadat qurban bertujuan untuk mendapatkan keredaan Allah SWT dan pada masa sama menanamkan rasa kasih sayang antara pihak yang berkorban dengan masyarakat yang menerima pemberian daging korban itu. Selain memberi kegembiraan kepada golongan kurang berkemampuan, ibadat korban sebenarnya adalah manifestasi kepatuhan hamba kepada perintah Allah SWT kerana bukan semua bersedia untuk memberi atau berkongsi apa yang dimilikinya.

Majlis ini turut dihadiri oleh Pengarah Pusat Koreksional Jasin, PKP Noratimah binti Abu Bakar bersama 60 orang pegawai, kakitangan dan ahli PERSIAP Pusat Koreksional Jasin. Majlis diakhiri dengan pengagihan daging qurban kepada kakitangan dan asnaf fakir miskin di sekitar Daerah Jasin.