| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Mesyuarat Kerjasama Bengkel Songket Sarapride Penjara Puncak Borneo

Pada 21 Julai 2020 (Selasa), Timbalan Ketua Pengarah (Keselamatan dan Koreksional), YBhg. TKJP Dato' Alzafry Mohamed Alnassif bin Mohamed Adahan telah menghadiri Mesyuarat Kerjasama Bengkel Songket SaraPride Penjara Puncak Borneo yang telah dipengerusikan oleh Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak, YBhg. Datu Dr. Sabariah Putit. Turut hadir, Pengarah Bahagian Pengurusan Banduan, KP Abdul Kadir bin Hj. Rais, Pengarah Penjara Negeri Sarawak, TKP Haji Ajidin bin Haji Salleh dan juga wakil daripada pihak Kementerian Dalam Negeri, Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian (JKPTG), Jabatan Peguam Besar Negeri Sarawak, Old Kuching Smart Heritage (OKSHE), Central of Technical Excellence Sarawak (CENTEXS), Jabatan Kerja Raya Negeri Sarawak (JKR) dan pegawai kanan daripada Ibu Pejabat Penjara Malaysia. Selepas mesyuarat, telah diadakan lawatan ke Galeri Songket dan Keringkam, Jalan Masjid, Kuching.