| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Kunjungan Hormat Ke Atas YBhg. Datuk Amar Hajah Juma'ani Tun Tuanku Haji Bujang, Penaung Projek Inovasi Warisan

Pada 23 Oktober 2020 (Jumaat), Penjara Negeri Sarawak telah mengadakan Kunjungan Hormat ke atas YBhg. Datuk Amar Hajah Juma'ani Tun Tuanku Haji Bujang, Penaung Projek Inovasi Warisan sekitar jam 3.00 petang bertempat di Pejabat Sarawak Badan Badan Tenaga Isteri-Isteri (SABATI), Petra Jaya Kuching, Sarawak. Kunjungan telah diketuai oleh YDH TKP Mohamad Rosidek bin Musa, Pengarah Penjara Negeri Sarawak dan turut dihadiri oleh YDH PKK Fathi bin Mursidi, Timbalan Pengarah Penjara Negeri Sarawak serta beberapa pegawai Pejabat Pengarah Penjara Negeri Sarawak. Tujuan kunjungan diadakan bagi mengekalkan hubungan dan kerjasama kedua-dua pihak.