| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Kunjungan Hormat Ke Atas Pengarah Pendakwaan Sarawak

Kunjungan Hormat Ke Atas Pengarah Pendakwaan Sarawak Pada 21 Oktober 2020 (Rabu), Penjara Negeri Sarawak telah mengadakan Kunjungan Hormat ke atas YBrs. Tuan Haji Mohammad Al-Saifi bin Haji Hashim, Pengarah Pendakwaan Sarawak sekitar jam 10.00 pagi bertempat di Pejabat Pendakwaan Sarawak, Tingkat 8 Bangunan Sultan Iskandar Kuching, Sarawak. Kunjungan telah diketuai oleh YDH TKP Mohamad Rosidek bin Musa, Pengarah Penjara Negeri Sarawak dan turut dihadiri oleh YDH PKK Fathi bin Mursidi, Timbalan Pengarah Penjara Negeri Sarawak serta beberapa pegawai Pejabat Pengarah Penjara Negeri Sarawak. Tujuan kunjungan diadakan bagi mengekalkan hubungan dan kerjasama kedua-dua pihak.