| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Latihan Kemahiran Menembak Peringkat Institusi Pemulihan Dadah Jelebu Bagi Tahun 2020

23 sehingga 25 September 2020 - Institusi Pemulihan Dadah Jelebu (IPDJ) telah mengadakan Latihan Kemahiran Menembak bertempat di Lapang Sasar D'SURY Titi, Jelebu Negeri Sembilan. Seramai 100 orang kakitangan telah terlibat dengan latihan tersebut. Latihan Kemahiran Menembak ini telah diketuai oleh TPP Raznizal bin Razali Timbalan Penguasa Penjara IPDJ dan IP Sohairill Aemran bin Osman Ketua Unit Latihan IPDJ. Objektif latihan kemahiran menembak dijalankan adalah bertujuan meningkatkan ilmu pengetahuan dalam penggunaan senjatapi dan dapat meminimumkan kecuaian penggunaan senjatapi semasa bertugas serta meningkatkan kecekapan dalam pengendalian senjatapi.