| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Program Bina Insan "YADIM Bersamamu" Sempena Bulan Dakwah 2020

Pada 07 Oktober 2020 (Rabu) bertempat di Dewan Aktiviti Penghuni PKPs telah diadakan Program Bina Insan Yayasan Dakwah Islamiah (Yadim Zon Utara) dengan kerjasama Pusat Koreksional Perlis bersama penghuni. Antara pengisian program tersebut ialah ceramah yang bertajuk Nikmat Bersyukur oleh Ustaz Haji Ahmad Fuad bin Ashari (YADIM), bacaan surah Asy-Syams & terjemahan oleh penghuni. Seramai 70 orang penghuni telah terlibat bagi menjayakan program ini mengikut SOP yang telah ditetapkan. Program ini telah dirasmikan oleh Ustaz Zuhri bin Hussin (Pengarah YADIM Zon Utara). Antara objektif program ini adalah untuk penambahan Ilmu dan memantapkan sahsiah penghuni untuk menempuh tahun baru 1442H. Program tersebut turut dihadiri TPP Mohd Helmi bin Zainal, Dr. Mohammad Naufal bin Mohamad Nasir, En. Khairul Zakuan bin Fadzil (Pegawai Psikologi) serta kakitangan Pusat Koreksional Perlis.