| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Majlis Serah Dan Terima Tugas Pengarah Penjara Negeri Sarawak, Ketua Institusi Penjara Pusat Sri Aman Dan Pengerusi Persiap Cawangan Sarawak

17 September 2020 (Khamis) - Kompleks Penjara Puncak Borneo, Kuching Sarawak telah mengadakan Majlis Serah dan Terima Tugas Pengarah Penjara Negeri Sarawak diantara YBrs. Komisioner Penjara Haji Ajidin bin Haji Salleh dan YDH Timbalan Komisioner Penjara Mohamad Rosidek bin Musa. Komisioner Penjara Haji Ajidin bin Haji Salleh telah dinaikkan pangkat sebagai Pengarah Pengurusan Banduan, Jabatan Penjara Malaysia mulai 07 September 2020. Turut diadakan Majlis Serah dan Terima Tugas Ketua Institusi Penjara Pusat Sri Aman diantara Penolong Komisioner Penjara Anbalagan A/L Subramanian dan Penolong Komisioner Penjara Yahir bin Sait. Kedua-dua majlis tersebut telah disaksikan oleh YBrs. Timbalan Komisioner Jeneral Penjara Abd. Kadir bin Haji Rais, Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan). Majlis diteruskan dengan Serah dan Terima Tugas Persatuan Isteri, Anak Anggota serta Kakitangan Wanita Jabatan Penjara Malaysia (PERSIAP), Cawangan Negeri Sarawak oleh YBrs. Puan Hajjah Aemyzarina binti Haji Badrin, Mantan Pengerusi PERSIAP Negeri Sarawak kepada YDH Puan May Arianie binti Ahmad Biary, Timbalan Pengerusi PERSIAP Negeri Sarawak. Majlis Serah dan Terima Tugas Pengerusi PERSIAP Negeri Sarawak telah disaksikan oleh YDH Timbalan Komisioner Penjara Mohamad Rosidek bin Musa, Pengarah Penjara Negeri Sarawak yang baharu.