| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Majlis Penutupan Karnival Sukan Banduan Peringkat Penghuni Institusi Pemulihan Dadah Jelebu

15 September 2020 (Selasa) ? Institusi Pemulihan Dadah Jelebu (IPDJ) telah mengadakan Majlis Penutupan Karnival Sukan Banduan Peringkat Penghuni Institusi Pemulihan Dadah Jelebu. Majlis Penutupan ini dirasmikan oleh PKP Shahrom bin Mohamed Pengarah IPDJ. Majlis Penutupan ini bersempena dengan Sambutan Hari Kemerdekaan Negara yang Ke-63 yang telah dikelolakan oleh Seksyen Pemulihan dan Rawatan IPDJ bermula 1 September 2020 hingga 11 September 2020. Karnival sukan ini telah melibatkan seramai 357 orang banduan dalam 7 acara yang di pertandingkan iaitu Sepak Raga Bulatan, Tarik Tali, Sepak Takraw Berpasukan, Ping Pong, Karrom Berpasukan, Catur dan Futsal.