| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Mesyuarat Penyelarasan Kerjaya Orang Diselia (ODS) Dan Lawatan Tapak Asrama Bagi Program Reintegrasi Penghuni Industri (PRPI)

 

Pada 18 september 2020 jam 10.00 pagi telah diadakan Mesyuarat Penyelarasan Kerjaya Orang Diselia (ODS) serta Lawatan Tapak Asrama Bagi Program Reintegrasi Penghuni Industri (PRPI) di Syarikat Chuan Sin (Spritzer) Taiping, Perak. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh YBhg. Timbalan Komisioner Jeneral Penjara Dato? Hj. Abdul Aziz bin Abdul Razak (Pemasyarakatan). Turut hadir bersama adalah YBrs KP Ahmad Faudzi bin Hj. Awang (Pengarah Bahagian Keselamatan), YDH TKP Shukri bin Saad (Pengarah Penjara Negeri Perak), YDH PKK Mohd Andri bin Hj. Md Ridzwan (Bahagian Parol dan Perkhidmatan Komuniti IPPM), YDH PKK Norwati binti Mat Isa (Timbalan Pengarah Penjara Negeri Perak), Encik Abdul Mutalib bin Mohamad (Bahagian Kewangan IPPM) dan YDH Ahmad Rizal bin Mohd Ghazali (Pengarah Pusat Koreksional Kamunting, Perak). Kehadiran semua disambut oleh Datuk Lim Kok Bon Pengarah Urusan Syarikat Chuan Sin (Spritzer).

Sesi mesyuarat bermula dengan taklimat pembangunan kerjaya ODS di bilik mesyuarat kilang dan seterusnya semua tetamu dibawa melawat asrama pekerja yang dicadangkan untuk dijadikan penempatan ODS. Lawatan kerja ini berakhir pada jam 12.00 tengahari.