| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Majlis Bacaan Yassin Dan Ceramah Hijrah Sempena Sambutan Hari Penjara Kali Ke-230 Peringkat Institusi Penjara Tapah

Pada 3 September 2020 (Khamis) bertempat di Surau Diri Jumaat Islahiah Penjara Tapah, Perak telah diadakan Ceramah Motivasi sempena Sambutan Awal Muharram 1442 Hijrah dan Sambutan Hari Penjara Kali ke-230 Peringkat Institusi Penjara Tapah. Program dimulakan dengan bacaan Yassin dan tahlil, seterusnya solat fardhu Maghrib secara berjemaah dan solat hajat bagi memohon kesejahteraan dan keselamatan untuk semua. Seramai lebih kurang 100 orang kakitangan dan ahli keluarga hadir semasa program tersebut diadakan. Hadir sama Pengarah Penjara Tapah TKP Kamarudzaman bin Haji Mamat. Ceramah bertajuk "Hijrah Menuju Syurga Dunia/ Syurga Akhirat ? telah disampaikan oleh Ustaz Mohd Hasri bin Hassan.