| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Lawatan KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Pemaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Maimunah Iskandariah Binti Al Marhum Almutawakkil Alallah Sultan Iskandar Alhaj Ke Bengkel Tenun Pahang Diraja di Kompleks Penjara Bentong

Pada 9 September 2020 (Rabu), KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Pemaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Maimunah Iskandariah Binti Al Marhum Almutawakkil Alallah Sultan Iskandar Alhaj telah berkenan mencemar duli berangkat ke Bengkel Tenun Pahang Diraja, di Kompleks Penjara Bentong, Pahang Darul Makmur. Keberangkatan tiba KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Pemaisuri Agong dan Yang Mulia Tengku Puteri disambut oleh YH. KP Dato' Ab. Basir Bin Mohamad, Pengarah Penjara Negeri Pahang, YH. TKP Dato' Muhammad Zuki Bin Muhammad Zain, Pengarah Penjara Bentong, serta pegawai-pegawai kanan Penjara Bentong.