| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Majlis Sambutan Hari Penjara Ke 230 Peringkat Pusat Koreksional Jasin, Melaka 2020

Pada 7 September 2020 (Isnin), Pusat Koreksional Jasin telah menganjurkan Majlis Sambutan Hari Penjara Ke 230 Peringkat Pusat Koreksional Jasin, Melaka. Program ini dimulakan dengan senamrobik oleh semua kakitangan Pusat Koreksional Jasin dan diteruskan dengan gotong-royong di sekitar kawasan institusi. Majlis diteruskan pada waktu petang dengan pertandingan memancing, pertandingan karom, pertandingan congkak dan pertandingan batu seremban.

Majlis ini juga turut dimeriahkan lagi dengan kehadiran PKP Noratimah Binti Abu Bakar, Pusat Koreksional Jasin. Matlamat utama program ini adalah untuk menerapkan nilai-nilai positif dalam menghayati Sambutan Hari Penjara Kali Ke 230 pada tahun ini. Majlis diakhiri dengan penyampaian hadiah kepada para pemenang.