| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Program Khidmat Komuniti Rumah Asnaf Bersama Pusat Koreksional Jasin, JAPERUN RIM Dan JPKK Simpang Kerayong

9 September 2020, Pusat Koreksional Jasin Melaka dengan kerjasama JAPERUN RIM dan JPKK Simpang Kerayong telah mengadakan Program Khidmat Komuniti Rumah Asnaf Ibu Tunggal di Kampung Simpang Kerayong Jasin, Melaka. Program ini merupakan julung kali diadakan pada tahun ini, yang bertujuan untuk memberi pendedahan dan peluang kepada Orang Di Selia (ODS) untuk mengintegrasikan diri dalam masyarakat setempat dengan memberi perkhidmatan membersihkan kawasan persekitaran Rumah Puan Maria binti Khamis. Seramai 20 Orang DiSelia dan 40 orang kakitangan Pusat Koreksional Jasin Melaka serta masyarakat sekitar terlibat dalam program gotong-royong komuniti ini. Program turut diserikan lagi dengan kehadiran Yang Berhormat Datuk Wira Haji Ghazalee bin Muhamad, ADUN RIM merangkap Timbalan Speaker Dun Melaka dan PKP Muhamad Kamal bin Shamsuddin, Timbalan Pengarah Penjara Negeri Melaka serta PKP Noratimah binti Abu Bakar, Pengarah Pusat Koreksional Jasin Melaka. Program murni ini diakhiri dengan solat Zohor secara berjemaah antara Orang Diselia (ODS) dan Ahli Kariah Masjid As-Sajidin, Kampung Simpang Kerayong Jasin Melaka.