| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Majlis Serah dan terima tugas Pengerusi PERSIAP Cawangan Sekolah Henry Gurney Telok Mas

Pada 12 September 2020 (Sabtu) PERSIAP Cawangan Sekolah Henry Gurney Telok Mas Melaka telah mengadakan Majlis Serah Terima Tugas PERSIAP Cawangan Sekolah Henry Gurney Telok Mas. Majlis dimulakan dengan ucapan aluan oleh KIP Mahdiah Binti Alwi, Setiausaha PERSIAP Cawangan Sekolah Henry Gurney Telok Mas. Aturcara majlis diteruskan dengan sesi menandatangani Nota Serah Tugas di antara Puan Siti Zubaidah Binti Sahar dan Puan Zuraini Binti Bakar. Majlis Serah Terima Tugas ini telah disaksikan oleh Puan Azlinawati Binti Zainal, Naib Pengerusi PERSIAP Cawangan Sekolah Henry Gurney Telok Mas. Majlis diteruskan dengan perbincangan serta sesi ramah mesra antara ahli jawatankuasa PERSIAP Cawangan Sekolah Henry Gurney Telok Mas bersama Puan Zuraini Binti Bakar, Pengerusi PERSIAP Cawangan Sekolah Henry Gurney Telok Mas yang baru.