| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Majlis Perhimpunan Bulanan Dan Sambutan Hari Penjara Ke-230 Peringkat Penjara Negeri Melaka 2020

Pada 04 September 2020 (Jumaat), Institusi Sekolah Henry Gurney Telok Mas telah menjadi tuan rumah Majlis Perhimpunan Bulanan Dan Sambutan Hari Penjara Ke-230 Peringkat Penjara Negeri Melaka 2020 bertempat di Dewan Parameswara SHG Telok Mas. Majlis disempurnakan oleh YBhg. KP Datuk Abdul Aziz bin Mohamad, Pengarah Penjara Negeri Melaka dan dihadiri Ketua-ketua institusi Penjara Negeri Melaka. Majlis dimulakan dengan nyanyian 'NegaraKu' 'Melaka Maju Jaya' dan Bakti Setia. Antara pengisian majlis perhimpunan ini adalah penyerahan sijil dan pingat Kejohanan Bolasepak Liga Melaka kepada Pasukan Bolasepak Penjara Sungai Udang Melaka, Pemakaian Pangkat Inspektor, Sub-Inspektor Sarjan dan Koperal Penjara. Majlis turut dihiburkan dengan persembahan Okestra oleh Penghuni-penghuni dibawah Projek Prison Strings Ensemble : Rhythm Of Freedom.