| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Majlis Serah Terima Tugas Pengarah Penjara Negeri Melaka

Majlis Serah Menyerah Tugas Pengarah Penjara Negeri Melaka telah diadakan pada 11 September 2020 (Jumaat) di Penjara Sungai Udang, Melaka. Majlis dimulakan dengan pemeriksaan barisan, Upacara Perarakan Masuk Tongkat Kuasa dan upacara menandatangani Dokumen Serah Menyerah Tugas di antara YBhg. KP Datuk Abdul Aziz bin Mohamad dan Yang Dihormati TKP Ku Nawawi bin Ku Hamid serta disaksikan oleh YBhg. TKJP Dato' Haji Nordin bin Haji Muhamad, Timbalan Ketua Pengarah (Keselamatan dan Koreksional). Majlis turut dihadiri oleh Ketua-Ketua Institusi Penjara Negeri Melaka, Pegawai-Pegawai Kanan, PERSIAP Penjara Negeri Melaka, anggota pelbagai pangkat, kakitangan awam dan EXPOAM Cawangan Negeri Melaka.