| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Majlis Serah Terima Tugas Ketua-Ketua Institusi Penjara Negeri Melaka 2020

Pada 14 September 2020 (Isnin), Institusi Sekolah Henry Gurney Telok Mas Melaka telah menjadi pengelola Majlis Serah Terima Tugas Ketua-Ketua Institusi Penjara Negeri Melaka. Majlis dimulakan dengan perarakan masuk Tongkat Kuasa yang di ketuai oleh IP Azizie bin Ismail. Aturcara majlis diteruskan dengan sesi menandatangani Nota Serah Tugas dan penyerahan Tongkat Kuasa yang didahului Penyerahan Pengarah Sekolah Henry Gurney Telok Mas Melaka oleh Yang Mulia PKP Raja Nazril Azman bin Raja Azam Iskandar kepada PKP Hairol Hisham bin Mohd Harith, Penyerahan Pengarah Penjara Jasin oleh PKK Noratimah binti Abu Bakar kepada PKP Zalina biti Mohd Yunus dan diakhiri dengan Penyerahan Komandan Institut Koreksional Malaysia oleh PKP Zalina binti Mohd Yunus kepada PKP Ahmad Supian bin Jaafar. Majlis Serah Terima Tugas Ketua-Ketua Institusi Penjara Negeri Melaka ini telah disaksikan oleh YBhg KP Dato? Mohd Sakeri bin Dollah, Pengarah Penjara Negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.